Monday, December 1, 2008

Nombor - Bermakna atau Sekadar Angka?







Dalam kehidupan manausia, nombor atau angka amat berkait rapat malah tidak boleh dipisahkan. Segala-galanya melibatkan angka... Perancangan kehamilan, kelahiran, harijadi, usia, jumlah gaji...Pendek kata.. angka ni memang lah penting...Betul ke?

Wajah-Wajah Penyeri Suasana











TSM didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dari anak kecil berusia 1 tahun sehinggalah warga emas yang sentiasa komited... Penghuni-penghuni di sini juga sentiasa pemurah...InsyaAllah rezeki melimpah ruah...

Whats Special?

Banyak perkara yang menjadikan TSM sebuah kawasan istimewa. Ia terletak kira-kira 1.5km sahaja dari kawasan rekreasi Paya Indah Wetlands. Perjalanan ke KLIA pula mengambil masa 15 minit sahaja. Di samping itu, suasana kediaman diserikan sepanjang masa dengan pertunjukan kapalterbang yang tidak putus-putus melalui TSM. Jika ingin meredakan keletihan mata, para penghuni boleh meninjau aktiviti perlombongan pasir yang terletak kira-kira 500 meter dari TSM. Di sini, sajian pertunjukan lori dari pelbagai saiz dan bentuk dapat disaksikan bermula seawal jam 1 pagi.

Latarbelakang

Taman Seri Maju atau nama glamournya TSM terletak di kawasan sempadan antara Daerah Kuala Langat dan Sepang. Lokasi lebih tepat ialah di Kampung Boundry, Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat, Selangor. TSM merupakan sebuah kawasan yang amat strategik memandangkan kedudukannya yang terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan kawasan-kawasan utama seperti Banting, Klang, Putra Jaya, KLIA dan Kuala Lumpur.
TSM merupakan kawasan kediaman berskala kecil dengan jumlah rumah sebanyak 30 buah sahaja. Situasi ini amat menarik kerana ia mampu menyerlah suasana aman dan tenteram apatah lagi lokasinya yang berada dalam suasana permai desa. Dengan jumlah rumah yang sederhana ini, penghuninya sentiasa menjalinkan hubungan akrab sepanjang masa baik pagi, petang, malam malah hingga ke tengah malam dan awal pagi.