Wednesday, December 3, 2008
Monday, December 1, 2008
Whats Special?
Latarbelakang
Taman Seri Maju atau nama glamournya TSM terletak di kawasan sempadan antara Daerah Kuala Langat dan Sepang. Lokasi lebih tepat ialah di Kampung Boundry, Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat, Selangor. TSM merupakan sebuah kawasan yang amat strategik memandangkan kedudukannya yang terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan kawasan-kawasan utama seperti Banting, Klang, Putra Jaya, KLIA dan Kuala Lumpur.
TSM merupakan kawasan kediaman berskala kecil dengan jumlah rumah sebanyak 30 buah sahaja. Situasi ini amat menarik kerana ia mampu menyerlah suasana aman dan tenteram apatah lagi lokasinya yang berada dalam suasana permai desa. Dengan jumlah rumah yang sederhana ini, penghuninya sentiasa menjalinkan hubungan akrab sepanjang masa baik pagi, petang, malam malah hingga ke tengah malam dan awal pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)